Lebih Sejuta Lipas Diternak Berjaya Lepaskan Diri

Senin, 10 Maret 2014 0 komentar


BEIJING – Hampir sejuta lipas yang diternak untuk rawatan tradisional berjaya melepaskan diri dari sebuah ladang di Dafeng, China.

Lipas itu yang diternak di dalam rumah hijau, telah melepaskan diri dengan merosakkan rumah berkenaan.

Susulan itu jabatan kawalan penyakit telah menghantar lima pegawai penyiasat ke kawasan berkenaan bagi menghapuskan serangga berkenaan.

Menurut pemilik ladang berkenaan, Wang Pengsheng, dia telah membelanjakan sebanyak $16,000 untuk membiak 102 kilogram telur lipas selepas enam bulan membangunkan perniagaannya itu.

Dia memperolehi keuntungan 1,000 yuan bagi setiap sekilogram lipas yang dijual.

“Ketika rumah hijau itu rosak, lebih 1.5 juta lipas yang diberi makan buah dan biskut itu melarikan diri,” katanya.

Meskipun lipas dianggap sebagai serangga perosak, namun ramai penduduk China percaya ia boleh mengubati penyakit kanser, menghilangkan kepanasan dan meningkatkan imunisasi.

0 komentar:

Posting Komentar

 

©Copyright 2011 Thia Blog