Remaja 13 Tahun Lemas Dalam Kolong Air

Senin, 30 Desember 2013 0 komentar


Jam 7.53 pagi tadi, Balai Bomba Tanjong Karang telah menerima satu panggilan kecemasan.

Menurut pemanggil, satu kemalangan jalanraya telah berlaku di Parit 3, Ban 3, Sungai Burung, Tanjong Karang.

Pertolongan bomba diperlukan kerana mangsa kemalangan mungkin tercampak ke dalam palong air berdekatan disebabkan kemalangan yang berlaku seterusnya maut akibat lemas.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang usaha menaikkan mayat oleh anggota bomba bertugas.

Mangsa dikatakan seorang remaja Melayu yang baru berusia 13 tahun.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan terima kasih kepada pihak bomba yang menjalankan tugas mereka membantu masyarakat. – REM RAMZI

Sumber: Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia 





0 komentar:

Posting Komentar

 

©Copyright 2011 Thia Blog