Hos Rancangan TV Dikecam Bunuh Binatang

Senin, 23 Desember 2013 0 komentar


Cape Town – Hos rancangan bersiri Winchester Deadly Passion , Melissa Bachman mencetuskan kontroversi selepas memuatnaik gambar dia bersama binatang buruannya yang dibunuhnya, dalam media sosial.

Hanya beberapa jam selepas gambar itu dimuat naik dalam Twitter dan Facebook, penduduk di Cape Town melancarkan petisyen meminta kerajaan Afrika Selatan mengharamkan Bachman daripada memasuki negara berkenaan.

Ini kerana, gambar-gambar Bachman bersama binatang buruannya seperti harimau, buaya serta binatang liar lain, telah menyebabkan penduduk tersebut marah.

Mereka menggelarnya sebagai menjijikkan dan keji, kerana ia bertentangan dengan usaha pemuliharaan binatang.

Ini bukan kali pertama Bachman, yang digelar `pembunuh’ itu terlibat dengan aktivis anti-pemburuan binatang.


Tahun lepas, dia yang sepatutnya muncul dalam rancangan National Geographic Channel’s Ultimate Survivor Alaska, telah digugurkan selepas lebih 13,000 petisyen yang ditandatangani dalam masa 24 jam diterima oleh National Geographic Channel’s .

Bachman, yang juga penulis blog ‘Why every girl should try bowhunting’ dan ‘Stupid hunting regulations I just can’t stand,’ merupakan hos rancangan bersiri di televisyen, Winchester Deadly Passion.

Dalam setiap episod, dia akan mengembara ke kawasan terpencil dan akan membunuh binatang dengan menggunakan panah.

0 komentar:

Posting Komentar

 

©Copyright 2011 Thia Blog