Akhirnya Kepada Tuhan Kita Berserah – Najib Tun Razak

Sabtu, 21 Desember 2013 0 komentar


“Tidak dinafikan kita memang ada kekurangan…kerana kita bukan sempurna”…itulah antara baris ayat yang kerap disebut Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat negara ini.
Ia menzahirkan pengakuan jujur dan tanpa berselindung bahawa ada kelemahan di pihak kerajaan.
Sudah berulang kali juga kita mendengar beliau memohon maaf kepada rakyat meskipun kadang kala kelemahan atau kekurangan tersebut bukan datang dari beliau sendiri.
Pada masa yang sama, kita turut melihat Najib berusaha melakukan transformasi bermula dari dalam parti hingga kepada kerajaan.
Segala aspek cuba diperbaiki.
Kesimpulannya boleh dirumuskan seperti berikut; Najib mengakui berlaku kelemahan tetapi pada masa yang sama berusaha keras untuk memperbaiki keadaan.
Kejujuran dan kerja keras adalah sesuatu yang seharusnya kita hargai. Ia adalah ciri-ciri yang agak sukar dicari dalam diri seorang pemimpin.
Justeru, kalau kita berfikir sejenak, sudah tentu kita boleh menilai antara permata dan kaca… Antara yang jujur dan antara yang sekadar pandai berkata-kata…
Kita sudah ada seorang pemimpin yang bekerja keras untuk kemajuan dan kemakmuran negara ini…pada masa yang sama, beliau juga memohon maaf kepada kita andai kerajaannya ada melakukan sebarang kesilapan sekali gus melambangkan sifat merendah dirinya.
Sempena hari pengundian yang akan berlangsung pada 5 Mei ini, mungkin ada baiknya kita imbau kembali segala usaha yang telah dilakukan oleh insan yang bernama Najib ini.
Beliau telah menyerahkan jiwa dan raganya demi negara yang bernama Malaysia. Beliau juga telah cuba melakukan yang terbaik dan hasilnya, kita terus dilimpahi dengan keamanan dan kemakmuran. Dan perpaduan rakyat pula, menjadikan kita terus bertambah maju dan jaya.
Perjalanan kita sebagai sebuah negara dan bangsa masih jauh…namun kita beruntung kerana dipimpin seorang nakhoda yang bagus lagi diyakini…
Marilah kita bertekad untuk sama-sama berdiri teguh menyokong perjuangan beliau dengan mengekalkan kerajaan yang terbukti kewibawaannya.
Ketika pembubaran Parlimen baru-baru ini, Najib pernah berkata, ‘akhirnya kepada tuhan kita berserah’…betul…beliau sedang mencuba sebaik mungkin…kita pula memberikan sokongan yang sebaik mungkin…namun akhir sekali itulah dia….kepada tuhan kita berserah…Selamat Mengundi. SUMBER


0 komentar:

Posting Komentar

 

©Copyright 2011 Thia Blog